Artikel

Produktiviti Pekerja Malaysia Kini Naik 3.8% – Hasil Sokongan Ekonomi Lebih Stabil

Tahap produktiviti pekerja di Malaysia berlandaskan jam bekerja dilihat semakin meningkat apabila naik 3.8% untuk suku ketiga 2025 ini. Kemajuan ini sekaligus memberi nilai tambah kepada ekonomi negara dengan merekodkan RM45.1 setiap jam.

Data Jabatan Perangkaan (DOSM) ini menjelaskan kedudukan itu disokong hasil pasaran buruh yang semakin merancak bersama prestasi ekonomi yang kekal stabil.

Suku ketiga memperlihatkan jumlah pekerja meningkat kepada 17 juta individu dan hasil pertambahan ini, produktiviti berlandaskan jumlah pekerja turut meningkat kepada 3.6% dengan nilai ditambah per pekerja merekodkan sebanyak RM26,052 seorang pada tempoh tersebut.

Berdasarkan taburan produktiviti mengikut jam bekerja, didapati sektor pembinaan merekodkan peningkatan tertinggi dengan 10.2%, diikuti perlombongan dan pengkuarian (9.7%), pembuatan (4.2%), perkhidmatan (2.9%) dan pertanian (1.3%).

Sementara taburan produktiviti mengikut jumlah pertambahan pekerja pula memaparkan sektor pembinaan capai peningkatan 10.8%, perlombongan dan pengkuarian (8.9%), pembuatan (3.5%), perkhidmatan (2.8%) dan pertanian (0.5%).

Keseluruhan peningkatan ini jelas dapatan DOSM menunjukkan prestasi ekonomi negara kekal berdaya saing dengan sokongan dasar pembangunan modal yang kukuh, miliki pelaburan berterusan dan laksana strategi dalam menambahbaik kualiti kemahiran pekerja di masa hadapan.