Artikel

Untung 7-Eleven Merosot 80% Pada Suku Ketiga – Kesan Perluasan 7-Café

Prestasi suku ketiga tahun ini memperlihatkan operasi 7-Eleven Malaysia berdepan penurunan apabila keuntungan bersih merosot 80.5% kepada RM2.13 juta. 

Angka ini secara jelas, memaparkan jumlah untung yang lebih kecil berbanding suku tahun 2024 iaitu RM10.9 juta.

Kedudukan ini mengikut laporan kewangan 7-Eleven antaranya didorong akan peruntukan kos pelaburan yang lebih tinggi ke atas pengembangan operasi pada suku ini. Di mana sejumlah 277 cawangan 7-Cafe baharu telah dibuka membawa kepada jumlah menyeluruh 748 cawangan 7-Cafe kini tersedia di pasaran.

Selain itu perbelanjaan operasi juga alami peningkatan 9.5% kepada RM22.9 juta bagi penambahan 67 cawangan 7-Eleven baharu. Langkah itu kini merekodkan sebanyak 2,678 cawangan 7-Eleven di pasaran semasa.

Biarpun prestasi sukuan memaparkan penurunan yang besar namun hasil kumpulan dilihat kekal positif dengan peningkatan 6.96% kepada RM795.85 juta sementara untuk hasil menyeluruh bagi tempoh 9 bulan 2025 ini dilihat telah meningkast 8.1% kepada RM2.36 bilion. Prestasi ini menunjukkan perkembangan yang baik berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu, dengan catatan RM2.18 bilion.