Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyatakan sokongan penuh ke atas larangan yang disuarakan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) berhubung pengeluaran sijil cuti sakit menerusi khidmat telekonsultasi.
Larangan ini mengikut laporan berikutan tindakan itu mengenepikan tugas profesional pengamal perubatan berdaftar (RMP) pada pengeluaran sijil cuti sakit. Seharusnya sesi konsultasi dilaksanakan sewajar dengan meneliti sejarah perubatan pesakit, pemeriksaan fizikal dan penilaian lanjut. Namun tindakan menggunakan saluran telekonsultasi ini dilihat melangkaui keperluan pemeriksaan fizikal yang diutamakan.
Situasi ini sekadar meningkatkan risiko doktor menjadi pelaksana rawatan tanpa memberi konteks sebenar akan keperluan penjagaan selanjutnya kepada kumpulan pesakit. Peringatan ini dijelaskan selari dengan Seksyen 29 Akta Perubatan 1971, yang memberi MMC kuasa penuh mengambil tindakan sekiranya didapati RMP tidak mematuhi amalan pelaksanaan yang digariskan.