Artikel

Microsoft Agent 365 Kini Dilancarkan – Bolehkan Majikan Urus Pekerja AI

Selain pekerja manusia yang memerlukan pemantauan, kini dengan sokongan kecerdasan buatan (AI) pada sistem operasi syarikat – secara langsung menuntut keperluan majikan untuk mengurus pekerja AI ini. Berlandaskan komitmen itu, Microsoft hari ini melancarkan Microsoft Agent 365 untuk membantu majikan menguruskan pekerja AI mereka. 

Sistem ini menurut notis Microsoft, dapat menguruskan pelbagai ejen AI secara setempat. Yang mana memberi kelebihan kepada majikan untuk memantau dan mengawal pekerja AI sekiranya berdepan isu tertentu. Ia juga mengintegrasikan alat keselamatan utama Microsoft seperti Microsoft Defender, Entra dan Purview untuk melindungi ejen AI dan data yang digunakan.

Setakat ini sistem tersebut masih di fasa ujian awal dan diperincikan menyokong ejen AI yang dibangunkan pada Adobe, Genspark, Cognition, Glean, Kasisto, n8n, NVIDIA dan pelbagai lagi.

Adanya akses ini ia dijangka dapat membantu perniagaan di pasaran global, susulan dijangka akan menggunakan lebih ramai pekerja AI dan bilangan itu berpotensi melebihi jumlah 1.3 bilion menjelang 2028 kelak.