Artikel

TNB Rugi RM4.57 Bilion Sejak 2020 – Kesan Aktiviti Melombong Mata Wang Kripto

Sejak 2020 sehingga Ogos 2025, ternyata Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah alami kerugian berjumlah RM4.57 bilion – akibat penggunaan tenaga elektrik secara haram pada premis yang menjalankan aktiviti melombong mata wang kripto terutamanya Bitcoin di pasaran Malaysia.

Nilai kerugian ini mengikut notis Parlimen – ia berlandaskan hasil tinjauan TNB ke atas 13,827 premis yang melaksanakan kegiatan tersebut dalam tempoh yang digariskan.

Situasi ini tidak sekadar menjejaskan kestabilan ekonomi Malaysia tetapi turut meningkatkan risiko keselamatan awam dan mendorong kepada kerosakan harta benda pada sistem bekalan tenaga negara. Maka untuk mengukuhkan kawalan tersebut, beberapa langkah strategik kini diteliti bersama pihak berkuasa melibatkan Suruhanjaya Tenaga (ST), PDRM, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Suruhanjaya Komunikasi (MCMC), LHDN, SPRM dan pihak berkuasa tempatan (PBT).