Dengan strategi IPO dan perluasan beberapa akses cawangan akuarium di pasaran Asia – pengendali Aquaria KLCC iaitu Aquawalk Group kini memaklumkan dalam pertimbangan untuk naikkan harga tiket pada separuh kedua 2026 kelak.
Pertimbangan ini menurut laporan The Edge, akan diteliti setelah pameran penguin baharu di Aquaria KLCC selesai dibangunkan. Dengan semakan harga tiket itu, kumpulan melihatkan ia sebagai komitmen baharu dalam menambahbaik pengalaman pengunjung dan tarikan hiburan serta pendidikan yang akan disediakan kelak.
Selari dengan pembaharuan tersebut, Aquawalk menyambut baik akan komitmen kerajaan untuk mempromosikan perkhidmatan Aquaria KLCC sebagai destinasi tarikan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Sokongan ini sekaligus akan membantu mengukuhkan prestasi kumpulan pada pasaran Malaysia. Berdasarkan prestasi semasa, pengunjung antarabangsa menyumbang sehingga 20% kepada pendapatan utama Aquaria KLCC.
Adanya sokongan berterusan itu, prestasi ini dijangka akan lebih mengukuh pada tahun 2026. Selain menambahbaik perkhidmatan akuariam di Malaysia, Thailand, Indonesia dan cawangan Sabah – Aquawalk turut laksana inisiatif pemuliharaan bersama pemain industri tempatan antaranya dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk tindakan pemulihan karang dan pelepasan jerung di Phuket.
Buat masa ini kadar harga yang ditetapkan untuk tiket Aquaria KLCC melibatkan sekitar RM54 untuk pengunjung warganegara pada hari minggu sementara hari hujung minggu pula kadar itu mencapai sekitar RM55. Manakala kanak-kanak pula berkadar hari minggu (RM34-RM42) dan hujung mingggu (RM38-RM45). Dan pengunjung antarabangsa pula dikenakan harga dewasa (RM80) dan kanak-kanak (RM44-RM69). Kadar ini untuk makluman melibatkan tawaran harga tiket secara atas talian dan tiket pembelian terus (walk-in).