Artikel

Malaysia Airlines, Trip.Biz Bekerjasama – Bolehkan PKS Raih Tambang Lebih Rendah Merentasi 25 Pasaran

Malaysia Airlines kini mengukuhkan peranannya dalam kalangan pemain ekonomi global – apabila mengumumkan kerjasama strategik bersama Trip.Biz iaitu cabang perniagaan di bawah Trip.com. 

Hasil kesepakatan ini bertujuan meningkatkan manfaat kepada pemain ekonomi kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Asia, Eropah serta rantau di seluruh dunia. Ia bermakna dengan menjadikan Malaysia Airlines sebagai rakan penerbangan, para pengguna Trip.Biz kelak boleh mengakses program MHcorporate Malaysia Airlines.

Di mana program itu antaranya akan membolehkan PKS meraih nilai tambang yang lebih baik merentasi 25 pasaran dan lokasi IATA. Namun perolehan faedah yang lebih baik ini kekal tertakluk pada terma dan syarat pada laluan perjalanan tersebut.

Kebersamaan ini sekaligus akan memberi nilai tambah kepada pengalaman perjalanan korporat kalangan PKS – di mana ia tidak hanya memanfaatkan penyelesaian pintar tetapi menjamin penggunaan kos yang lebih efektif dan membantu perkembangan PKS pada pasaran antarabangsa.