Dalam memastikan sistem penyelesaian sektor makanan dan minuman di Asia Tenggara kekal maju, FeedMe – platform perisian restoran yang berpangkalan di Malaysia kini memiliki matlamat mengukuhkan keperluan tersebut. Berdasarkan komitmen itu, FeedMe telah meraih dana $5 juta bagi mengukuhkan penyelesaiaan automasi restoran di rantau ini.
Suntikan di bawah modal yang diketuai Integra Partners serta Cento Ventures ini tidak sekadar meluaskan keperluan automasi pada perisian restoran tetapi turut membantu mengimbangi tekanan kos yang didepani pengusaha restoran serantau. Antara fokus FeedMe adalah menangani cabaran pada sistem operasi sehenti termasuklah POS, integrasi penghantaran, e-invois, pesanan melalui kod QR, pengurusan giliran pelanggan, pembayaran, perakaunan, sistem paparan dapur serta CRM.
Dengan akses FeedMe, medium akan mengintegrasikan operasi sistem restoran dalam satu rangka – mewujudkan ekosistem pengurusan perniagaan yang lebih lancar. Adanya sokongan akses ini ia akan membantu kumpulan perniagaan mengoptimumkan inventori dan memiliki pembuat keputusan berasaskan data, yang mana membantu melindungi margin serta daya tahan operasi.
Setakat ini FeedMe telah menyokong 11,000 peniaga di seluruh Asia Tenggara dengan rekod pertumbuhan pendapatan mencapai lebih 10 kali ganda sejak 2021.