Artikel

Kerajaan Tidak Bercadang Perluas Cukai Ke Atas Minuman Bergula Yang Disediakan Di Premis

Seperti yang umum ketahui, pasaran Malaysia ketika ini telahpun mengenakan cukai terhadap minuman bergula pada beberapa kategori – antaranya minuman sedia diminum iaitu berkarbonat, tidak berkarbonat dan minuman berasaskan susu, jus dan sayur yang mengandungi kandungan gula lebihi nilai ambang RM0.40 per liter.

Berdasarkan komitmen itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan buat masa ini tiada perancangan untuk meluaskan tindakan cukai tersebut termasuklah mengenakan ia ke atas kategori minuman yang disediakan secara terus di premis makanan.

Setakat ini cukai itu hanya diperluskan kepada minuman pra-campuran sahaja seperti kopi, teh dan minuman bercoklat 3 dalam 1 atau 2 dalam 1.

Biarpun tiada rancangan untuk perluaskan cukai tersebut, di bawah inisiatif Healthier Dinning Programme (HDP) – usaha ini dilihat berupaya membantu pengguna mengetahui premis yang meraih mengiktirafan penyediaan makanan yang mematuhi piawaian kesihatan. Setakat ini sebanyak 12 restoran telah sertai program tersebut dengan melibatkan penawaran 147 menu sihat di pasaran semasa.