Artikel

Setelah 14 Tahun – Malaysia Rekod Lebihan Akaun Perkhidmatan Negara Berjumlah RM700 Juta

Selepas lebih 14 tahun berdepan defisit secara berterusan, Malaysia kini mencatatkan sejarah baharu apabila akaun perkhidmatan negara merekodkan lebihan sebanyak RM0.7 bilion pada suku ketiga 2025.

Prestasi ini bermakna pencapaian aliran eksport perkhidmatan telah melebihi aliran pendapatan import. Ini menjelaskan jumlah wang yang dibawa masuk ke dalam Malaysia telah meningkat disokong aliran pelancong yang lebih kukuh dan perkhidmatan lain ke negara. Dan kedudukan positif ini turut mendapat sokongan hasil pelaksanaan dasar kewangan yang lebih berdisplin, pengurusan ekonomi yang teratur serta penguatkuasaan subsidi lebih bersasar.

Perkongsian Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sidang Parlimen hari ini turut menggariskan imbangan akaun semasa juga memaparkan perkembangan positif dengan melonjak 12.2%. Selain itu, ringgit dilihat terus mengukuh dengan memaparkan lonjakan 8.2% berbanding dolar AS bagi tempoh 9 bulan tahun ini. Prestasi ini antaranya didorong keyakinan pasaran, disusuli perjanjian timbal-balas bersama AS telah membantu meredakan ketidakpastian pasaran.