Artikel

Rakyat Malaysia Rugi Sehingga RM350 Bagi Setiap Perjalanan Luar Negara, Kesan Caj Tersembunyi – WISE

Biarpun lebih ramai pengguna Malaysia kini memanfaatkan tawaran diskaun dan promosi untuk percutian mereka di luar negara – tetapi masih banyak pihak kekal berdepan ketirisan susulan caj tersembunyi yang masih berlaku pada penyedia kadar tukaran mata wang yang mengenakan kos lebih tinggi.

Mengikut tinjauan WISE, rakyat Malaysia berdepan kerugian antara RM200 sehingga RM350 bagi setiap perjalanan di luar negara kesan tindakan penetapan kadar tukaran mata wang yang lebih tinggi. Jelas WISE ketika ini hanya 41% rakyat Malaysia yang mengutamakan semakan kadar tukaran mata wang sebelum laksana tempahan berbanding 59% lagi tidak mengutamakan tindakan tersebut.

Keadaan ini memperlihatkan lebih banyak penyedia menaikkan kadar tukar mata wang sebanyak 3% sehingga 6% melebihi kadar pasaran sebenar. Tindakan tidak bertanggungjawan itu sekaligus membawa kepada perjalanan bajet bernilai RM3,000 secara senyap-senyap boleh menjadi RM3,300.

Mungkin pada pengamatan segelintir pihak, amaun ini adalah kecil tetapi jika dinilai kembali jumlah tersebut boleh digunakan untuk menampung kos perbelanjaan sehari ketika bercuti seperti membeli-belah, makan dan laksana aktiviti riadah! Maka dengan kesempatan ini WISE menyeru semua rakyat Malaysia untuk memanfaatk akses kad WISE susulan tidak memiliki caj tersembunyi,  dan berupaya menukar, membelanjakan di lebih 40 mata wang secara telus. Untuk makluman lanjut semua pihak boleh layari laman WISE bagi tindakan seterusnya.