Tidak lama lagi, penduduk Malaysia akan meraih akses pengangkutan awam tambahan berikutan pembukaan khidmat transit aliran ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan laluan Shah Alam dan sekitar – dijangka akan mula operasi pada akhir Disember ini.
Makluman Kementerian Pengangkutan (MOT) pada sidang Parlimen semalam ini secara jelas menyatakan kemajuan projek itu telah berada di fasa akhir dan sedang diuji untuk menjamin keandalan dan keselamatan pengangkutan trennya.
Menerusi pertambahan akses ini, ia secara langsung akan membantu kawasan kota sekitarnya mengatasi isu kesesakan lalu lintas dan meningkatkan peluang ekonomi pada kawasan di laluan yang terlibat.
Ini gambaran peta laluan tren di Lembah Klang dan perincian stesen jajaran LRT3:
