Mengambilkira pengalaman dan memiliki kepakaran dalam mengatasi isu penipuan dan masalah atas keselamatan atas talian – Malaysia kini dilaporkan sedang meneliti peluang untuk laksana kerjasama berhubung isu tersebut bersama India dan Iran.
Perkara ini diteroka oleh Malaysia yang ketika ini menyertai Persidangan Pembangunan Telekomunikasi Sedunia 2025 (WTDC-25) di Azerbaijan.
Peluang tersebut menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil telah dibincangkan pada mesyuarat dua hala bersama wakil negara tersebut pada luar persidangan dan sekiranya terdapat makluman lanjut perihal ini akan dikemaskini kelak. Sebagai perincian lanjut, satu memorandum persefahaman (MoU) bersama Iran dalam segmen telekomunikasi sedang dirangka dan dijangka akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.