Artikel

KWSP Kini Miliki 16.5 Juta Pencarum – Raih RM63.99 Bilion Pendapatan Pelaburan

Sepanjang tempoh 9 bulan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini memperlihatkan perkembangan yang positif pada pasaran Malaysia apabila memiliki seramai 16.52 juta ahli pencarum dengan kutipan pendapatan pelaburan mencapai RM63.99 bilion. 

Pertumbuhan ini untuk makluman alami lonjakan 11% berbanding RM57.57 bilion yang dicapai pada tempoh setahun lalu.

Sebagai perincian untuk pencapaian suku ketiga didapati 53% disumbangkan oleh strategi pelaburan global. Sementara ekuiti kekal menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan pelaburan dengan menjana RM16.95 bilion atau 68% daripada dana keseluruhan. Diikuti intrumen hartanah dan infrastruktur menyumbang RM1.14 bilion dan pasaran wang pula RM0.23 bilion.

Selain pencapaian itu, peningkatan jumlah ahli telah menjadikan jumlah ahli aktif meningkat kepada 9.07 juta pencarum iaitu 51.7% daripada 17.54 juta tenaga buruh di Malaysia. Diikuti jumlah majikan pula meningkat kepada 628,321 pencarum dengan kenaikan 2.5% secara tahunan. Lebih menarik caruman sukarela turut meningkat 47.5% kepda RM15.30 bilion pada 9 bulan 2025 ini. Ia sekaligus memperlihatkan lebih ramai pihak peka akan kepentingan perlindungan wang persaraan.

Jelas KWSP pada notis media hari ini, peningkatan itu antara lain turut didorong akan tindakan caruman wajib ke atas pekerja asing yang ketika ini turut menyumbang kepada jumlah ahli baharu sekitar 427,329 pencarum pada tempoh yang sama.

Secara menyeluruh KWSP menjangkakan prestasi ekonomi Malaysia akan kekal berdaya saing pada suku keempat 2025 dan kestabilan pasaran akan kekal dicapai menjelang 2026 susulan sokongan penambahbaikan dasar yang telah digariskan pada belanjawan tempoh hari.