Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Abu Huraira Abu Yazid sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah baharu bagi menggantikan Dato Sri Zukri Samat yang telah menamatkan perkhidmatannya pada awal bulan lalu.
Dengan penyertaan beliau pada pimpinan PIDM, ia dijangka dalam meningkatkan matlamat kumpulan menangani isu pengurusan risiko pada sistem kewangan negara. Buat pengetahuan umum, sebelum pelantikan Datuk Abu Huraira telah terlibat dalam pelbagai peranan pada arena kewangan negara antara selaku Pengerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Pengarah Eksekutif Pos Malaysia Berhad, serta memegang jawatan utama sebagai Ahli Lembaga Pengarah United Overseas Bank (M) Bhd dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Simpanan Nasional.
Dengan pengalaman pada tampuk pimpinan pelbagai organisasi penting, kemasukan Datuk Abu Huraira dijangka dapat meningkatkan lagi kemajuan hala tuju PIDM di masa hadapan dan sekaligus membantuk menggalakkan kestabilan sistem kewangan negara secara berkala.
Melalui pengumuman pelantikan ini, ini senarai ahli Lembaga Pengarah PIDM terkini buat perhatian para pembaca:
- Datuk Abu Huraira Abu Yazid (Pengerusi)
- Dato’ Sri Abdul Rasheed Ghaffour (Gabenor Bank Negara Malaysia) – ex officio
- Datuk Johan Mahmood Merican (Ketua Setiausaha Perbendaharaan) – ex officio
- Datuk Dr Yacob Mustafa
- Encik Razali Othman
- Dato Dr Nik Ramlah Mahmood
- Dato’ Dr Gan Wee Beng
- Puan Gloria Goh Ewe Gim
- Encik Lee Kong Eng