Artikel

Alliance Bank Umum Kerjasama Strategik CTOS, JurisTech – Jadikan Proses Pinjaman 30% Lebih Cekap

Alliance Bank kini secara rasminya mengumumkan kerjasama strategik bersama CTOS dan JurisTech dalam mewujudkan sistem pengasalan runcit (RLOS) di pasaran Malaysia. 

Kebersamaan ini secara menyeluruh memudahkan tindakan proses pinjaman dilaksanakan secara menyeluruh di bawah sistem ini. Sekiranya sebelum ini produk pinjaman memerlukan sekitar 7 hari pemprosesan namun melalui RLOS – peranan ketiga pihak berjaya menjadikan proses menyeluruh pinjaman ini dapat diketahui dalam masa seawal 1 hari sahaja. 

Berdasarkan kemajuan itu, sejak dilaksanakan 12 bulan lalu ia telah berjaya meningkatkan masa permohonan dan kecekapan kakitangan lebih daripada 30%. Platform ini kini menyokong tiga produk utama – Pinjaman Perumahan, Pinjaman Peribadi, dan Kad Kredit. Dan kini dalam rancangan untuk menyokong Pembiayaan Margin Saham di pasaran Malaysia. 

Selain itu, penerapan sokongan Generative AI melalui JurisAI turut akan dilaksanakan. Berlandaskan tindakan awal, beberapa ciri AI akan diterapkan meliputi memproseskan dokumen secara pintar, penilaian kredit secara automatik, mengurangkan kebergantungan pada pinjaman fizikal dan mengfokuskan akses kepada kumpulan yang sering dinafikan hak pinjaman.