Platform Selangor (PLATS) kini terus dimanfaatkan kerajaan negeri, apabila memaklumkan akan membangunkan PLATS Biaya PLUS iaitu medium pembiayaan bersama sokongan MBI Selangor dan Agro Bank.
Medium ini menyasarkan seramai 600 usahawan tempatan PLATS berupaya meraih sokongan pembiayaan sebanyak RM10,000 tanpa faedah. Akses ini menurut Menteri Besar Selangor Amiruddin Shari pada pembentangan belanjawan negeri sebentar tadi berpotensi membantu usahawan mengembangkan perniagaan mereka dan mengukuh aliran tunai operasi pada pasaran semasa.
Sebagai penjelasan, Agro Bank akan menyediakan pinjaman RM6 juta dan kerajaan negeri akan memperuntukan RM1 juta tamabhan untuk menampung kos faedah pinjaman agar 600 peniaga PLATS menerima manfaat pinjaman RM10,000 tanapa faedah sehingga 7 tahun.