Artikel

Selangor Peruntuk RM3.23 Bilion – Pada Belanjawan Negeri 2026

Sepertimana tahun sebelumnya, Selangor kini secara rasminya mengumumkan sedia RM3.23 bilion bagi peruntukan Belanjawan Selangor 2026. Angka ini untuk makluman menjadi peruntukan tertinggi berbanding tahun sebelumnya iaitu RM3 bilion (2025), RM2.53 bilion (2024) dan RM2.45 bilion (2023).

Makluman yang dikongsikan pada sidang pembentangan belanjawan negeri sebentar tadi memperincikan jumlah tersebut merangkumi Perbelanjaan Mengurus dengan 1.86 bilion manakala Perbelanjaan Pembangunan pula berjumlah RM1.37 bilion.

Dengan komitmen itu, Selangor optimis tahun 2026 akan memperlihatkan prestasi yang lebih baik berikutan hasil yang boleh dikutip dianggarkan capai RM2.8 bilion. Sementara nilai defisit pula dijangka terus menurun kepada RM430 juta.