Artikel

Hanya 34.81% Pencarum Islam KWSP Selangor Pilih Simpanan Syariah

Bagi mengukuhkan lagi pengurusan harta dan kewangan dalam kalangan masyarakat Islam – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini laksana kerjasama strategik bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk meningkatkan akses tersebut.

Keperluan ini penting susulan didapati RM2.7 juta kutipan Wang Tidak Patuh Syariah telah direkodkan pada tahun 2024. Data ini menunjukkan terdapat ramai kalangan penduduk di Selangor terlibat dalam sumber kewangan tidak syariah. Perihal ini secara langsung menuntut keperluan kefahaman yang lebih mendalam tentang kepentingan pengurusan wang berlandaskan syariah.

Kerjasama ini akan menampilkan inisiatif kursus pengurusan pusaka Islam kepada kakitangan KWSP dan membantu meluaskan penyertaan pada Simpanan Syariah KWSP. Lebih menarik berdasarkan usahasama ini, hanya 34.81% pencarum beragama Islam KWSP di Selangor iaitu mewakili 542,844 daripada 1.55 juta pencarum beralih ke  Simpanan Syariah. 

Dengan data sedemikian ini menuntut kesedaran yang lebih besar bersama pencarum negara akan manfaat disebalik menguruskan kewangan semasa berlandaskan syariat.

Wang Tidak Patuh Syariah untuk makluman mewakili wang atau harta yang diperoleh dari pada sumber seperti transaksi riba, dividen tidak patuh syariah, hasil jualan barang curi, rompakan, duit rasuah, loteri serta perlindungan insurans konvensional.