Artikel

Genting Malaysia Akan Kenakan Caj – Ke Atas Kenderaan Yang Memasuki Jalan Genting Highlands

Seperti yang pernah dilaporkan 2 tahun lalu, tidak lama lagi Genting Highlands akan mengenakan bayaran kepada kenderaan yang memasuki laluan pelancongan tersebut. 

Pengesahan tindakan ini mengikut laporan Bernama, bertujuan menampung  kos penyelenggaraan sepanjang 24 kilometer dan kualiti infrastruktur cerun laluan tersebut. Sehingga kini kos jalan persendirian itu ditanggung sepenuhnya oleh syarikat Genting sejak tahun 1960-an lagi.

Tambahan penggunaan yang kerap di Jalan Genting Highlands telah menyebabkan berlakunya banyak kerosakan dan memerlukan penyelenggaraan yang berterusan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terus dipelihara.

Pihak Genting turut memaklumkan akan menempatkan pasukan di pertengahan dan puncak bukit untuk bersedia akan sebarang kemungkinan bersama pasukan kecemasan – sekiranya berlaku kemalangan dan kecelakaan dilaluan tersebut.

Secara menyeluruh perincian berkaitan caj tersebut akan diperjelaskan setelah pengumuman rasmi dilaksanakan tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan.