Bermula 1 Januari 2026, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dijangka akan melaksanakan struktur yuran tahunan baharu ke atas syarikat yang tersenarai di pasaran negara. Struktur ini bagaimanapun masih di bawah semakan Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelum dikuatkuasakan berdasarkan tempoh yang digariskan.
Pengenalan pendekatan baharu ini menurut notis Kementerian Kewangan (MOF) pada nota lisan di Parlimen menjelaskan SC tidak kenakan yuran berdasarkan pendekatan subsidi sebaliknua menggunakan pendekatan berasaskan pasaran bagi pastikan sumber kewangan SC kekal mampan tanpa perlukan bantuan dana dari kerajaan dan tidak membebankan pelabur.
Secara menyeluruh SC telah melaksanakan lebih 100 sesi libat urus dengan pihak berkepentingan termasuk bank, broker dan pengurus dana sebelum memuktamadkan struktur fi baharu ini. SC juga dijelaskan telah menghubungi entiti-entiti yang terlibat untuk mendapatkan anggaran yuran masing-masing yang dikira berlandaskan formula yuran SC. Anggaran terkumpul ini akan digunapakai untuk tujuan penganggaran pendapatan SC di bawah struktur fi baharu kelak.