Sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam negeri dan persekutuan di bawah pentadbiran Johor – sidang pembentangan belanjawan negeri hari ini mengumumkan pengagihan insentif khas sebanyak 2 bulan gaji kepada 17,704 penjawat awam di negeri tersebut.
Pengagihan ini menurut Menteri Besar Johor Onn Hafiz akan diagihkan pada bulan Disember ini. Di mana pemberian dana itu turut akan diagihkan kepada kakitangan Persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri.
Dengan penyediaan insentif khas tersebut, ia dijangka dapat menjadi motivasi buat penjawat awam turut terus meningkatkan prestasi perkhidmatan mereka bersama penduduk Johor di masa hadapan .