Ke arah tahun 2026, Johor kini memaklumkan menyediakan peruntukan belanjawan negeri yang paling tertinggi dalam sejarah iaitu bersama dana RM2.5 bilion. Selari dengan komitmen untuk memacu perkembangan ekonomi negeri, Johor turut menyatakan hasrat menjadi hab AI dan Data serantau menjelang 2030.
Matlamat ini menurut Menteri Besar Onn Hafiz pada pembentangan sebentar tadi akan memperlihatkan tindakan penubuhan Majlis AI Johor. Seperti yang umum sedia maklum, ketika ini pentadbiran negeri memperlihatkan perkembangan yang rancak pada penubuhan insfrastruktur asas pusat data di Johor.

Melalui agenda itu, Johor dijangka akan mengendalikan 60% daripada jumlah kapasiti pusat data di Malaysia pada tahun 2030. Sasaran ini sekaligus mengukuhkan lagi peranan negeri selaku hab digital serantau. Perkembangan ini turut memperlihatkan beberapa kerjasama strategik AI telah dicapai bersama syarikat teknologi besar seperti Nvidia dan YTL Power.
Selain komitmen itu bersama pembangunan Zon Ekonomi Khas dengan Singapura, Johor turut menjadi antara negeri terawal yang menyatakan ketersediaan dalam penawaran bakat digital bersama pendapatan asas yang tinggi di Malaysia.