Artikel

Mastercard Sasar Pembayaran Atas Talian Di Malaysia Bebas Kata Laluan – Menjelang 2027

Untuk memastikan pengguna miliki pengalaman berbelanja yang lebih mudah pada medium atas talian di masa hadapan – Mastercard kini memaklumkan akan melaksanakan pembayaran kad tanpa kata laluan dan keperluan kemasukan nombor di pasaran Asia Pasifik menjelang 2030. 

Sasaran ini termasuklah kumpulan pengguna di Malaysia, menurut Mastercard pada sidang Fintech Singapura minggu ini tindakan tersebut akan didorong dengan pengesahan biometrik. Ini sekaligus akan menghapuskan pilihan kemasukan nombor kad secara manual dan keperluan kata laluan seperti OTP. Usaha ini akan menjadikan pembayaran lebih cepat dan selamat untuk kumpulan pengguna.

Berdasarkan pembangunan semasa, langkah ini dijangka akan diterapkan sepenuhnya lebih awal kepada beberapa negara seperti Malaysia, Singapura dan Vietnam menjelang 2027.

Ini kerana pasaran sedemikian menjadi antara pemacu pendigitalan di Asia Tenggara dengan pembayaran digital dijangka menyumbang 94% daripada transaksi e-dagang yang dijangka membawa nilai $325 bilion menjelang 2028.