Bertepatan dengan kenaikan harga pasaran minyak dunia, Kementerian Kewangan (MOF) kini memaklumkan harga runcit RON97 adalah RM3.25 seliter, diikuti harga runcit diesel di Semenanjung pula RM3.07 seliter.
Pelarasan harga ini menunjukkan berlakunya kenaikan 5 sen bagi tempoh 13 November sehingga 19 November 2025.
Penetapan ini menurut MOF dilaksanakan seiring dengan formula Automatic Pricing Mechanism secara mingguan. Sementara harga petrol RON95 bersubsidi (BUDI95) pula kekal pada paras RM1.99 seliter, diikuti harga RON95 tanpa subsidi pula naik 5 sen kepada RM2.65 seliter. Bagi harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal pada paras RM2.15 seliter.
Melalui perubahan tersebut, pelarasan harga minyak mentah dunia akan terus dipantau secara berkala dan tindakan selanjutnya akan disesuaikan mengikut keperluan negara serta kesejahteraan rakyat pada pasaran semasa.
