Artikel

Krisis Haba, Kekayaan – PBB Ramal Permintaan Penyaman Udara Naik 3 Kali Ganda Menjelang 2050

Permintaan penyaman udara dilihat akan terus alami peningkatan pada pasaran global, dengan lonjakan hampir 3 kali ganda menjelang 2050.

Perihal ini menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak sekadar didorong isu haba semata tetapi peningkatan jumlah penduduk dan kekayaan di seluruh dunia turut menyumbang kepada permintaan tersebut.

Pertumbuhan ini dijangka akan memperlihatkan peningkatan permintaan di Afrika dan Asia Selatan. Ini kerana krisis haba kelak akan menjadikan sistem penyejukan sebagai antara keperluan asas penting kepada pengguna dunia selain air, tenaga dan sanitasi.

Namun PBB melihat tindakan itu bukanlah suatu penyelesaian yang menyeluruh berikutan peningkatan penggunaan penyaman udara ini akan turut membawa kepada lonjakan pengeluaran gas rumah hijau berbanding paras 2022 dengan anggaran pelepasan mencapai 7.2 bilion tan CO2, yang mana situasi ini tidak menyelesaikan krisis pemanasan global dan sekaligus meningkatkan lagi tekanan kos kalangan penduduk dunia.