Untuk mengukuhkan tadbir urus data Malaysia, Kementerian Digital kini memaklumkan pihaknya sedang merangka pelan pelaksanaan Bank Data Kebangsaan (NDR) yang dijangka akan bermula pada tahun 2026.
Inisiatif ini mengikut penjelasan sidang Parlimen hari ini adalah langkah strategik negara untuk memanfaatkan teknologi pada penyimpanan data selari dengan mencapai status negara AI menjelang 2030 kelak.
Adanya pusat data ini, kerajaan menyasarkan penggunaan maklumat lebih cekap dalam membuat keputusan, merancang dasar dapat direalisasikan. Akses ini turut akan membantu negara meningkatkan kualiti pada perkhidmatan bersama rakyat.
NDR juga dilihat akan membantu meningkatkan kelancaran pada tindakan perkongsian data antara semua sistem kerajaan. Usaha ini diperincikan antaranya akan memperlihatkan tindakan integrasi NDR pada aplikasi MyGOV dilaksanakan kelak.