Bersempena dengan temasya bola sepak Piala Dunia yang akan berlangsung pada pertengahan 2026 di Mexico kelak, kini dimaklumkan tempat letak kenderaan di kejohanan tersebut akan mengenakan caj sehingga $175.
Mengikut laporan The Athletic, pas letak kenderaan yang dikenakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ini memiliki kadar yang berbeza mengikut kategori perlawanan. Antaranya adalah pelawanan peringkat kumpulan disenaraikan caj $75, sementara separuh akhir di Dallas pula caj $175.
Secara menyeluruh, setakat ini hanya segelintir daripada 16 lokasi Piala Dunia di Mexico dan AS ini diperhatikan memaparkan pas tempat letak kenderaan secara atas talian. Situasi ini sekaligus menuntut perbelanjaan yang besar kepada kumpulan penonton yang akan meletakkan kenderaan mereka di lokasi kejohanan.