Artikel

96 Syarikat Perkilangan Akan Diiktiraf Kilang Pintar Menjelang Akhir 2025 – MITI

Sejajar dengan agenda Malaysia untuk memiliki 3,000 kilang pintar pada tahun 2030, ke arah jumlah itu dijangka sekitar 96 syarikat perkilangan akan menerima pengiktirafan status kilang pintar menjelang akhir tahun ini. 

Perkembangan yang dicapai melalui program Smart Tech Up yang telah dibentuk sejak 2024 ini menurut notis lisan Parlimen memerlukan masa sehingga 12 bulan bagi setiap kilang menaiktaraf fungsi operasi kepada kilang pintar. Buat pengetahuan umum, program ini akan mengintegrasikan proses pembuatan yang lebih pintar seperti automasi, IoT dan kecerdasan buatan (AI) selari dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

Berdasarkan jangkaan itu, didapati 70 kilang pintar akan melibatkan syarikat pertengahan (MTC) dan syarikat multinasional (MNC). Dengan penarafan kilang pintar ini ia tidak sekadar meningkatkan reputasi firma tetapi turut menggalakkan pertumbuhan eksositem industri di pasaran antarabangsa.