Dengan memanfaatkan kemudahan teknologi digital semasa, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) membolehkan pengguna Malaysia membuka akaun bank baharu sepenuhnya secara atas talian menerusi aplikasi BIMB Mobile.
Kemudahan ini sekaligus menghapuskan keperluan untuk pelanggan baharu hadir secara fizikal di cawangan Bank Islam susulan memudahkan pengguna menerusi fasa verifikasi melalui e-KYC.
Selain simpanan, akses ini secara langsung membolehkan pengguna untuk melabur atau menguruskan kewangan harian pengguna dengan penawaran pelbagai jenis akaun akan disuaikan mengikut pilihan pengguna. Ini mepiluti akaun simpanan Qard, Semasa dan Pelaburan.

Berdasarkan penawaran itu, Bank Islam memaklumkan akses ini memerlukan pengguna untuk memuat turun BIMB Mobile bagi tindakan lanjut. Sepertimana yang dilampirkan, pengguna baharu perlu melengkapkan makluman diri dengan penambahan nombor telefon serta kad pengenalan diri. Dengan maklumat tersebut bersama pilihan jenis akaun yang ingin didaftar, maka pengguna kini siap untuk menjadi sebahagian daripada pengguna BIMB. Dan jika ingin ketahui lanjut, para pengguna boleh layari BIMB untuk perincian seterusnya.