Untuk memastikan agensi kekal relevan dan miliki pentadbiran yang telus – Majlis Amanah Rakyat (MARA) kini diberi tempoh 6 bulan bagi melengkapkan pindaan Akta MARA 1966.
Penyelesaian pindaan ini penting bagi memastikan peraturan-peraturan MARA berkaitan pengurusan kewangan, pinjaman dan audit dapat disatukan di bawah pengurusan yang sama. Buat pengetahuan umum, ketika ini MARA memiliki nilai aset lebihi RM23 bilion, sekaligus menuntut pengurusan yang lebih baik. Malah akta 1966 adalah akta yang lama, menekankan mengapa pindaan itu kini menjadi sangat penting selepas sekian lama.
Selain meraih tatakelola yang baik, MARA juga perlu menambahbaik isu kerugian yang didepani mereka melibatkan cabang perniagaan serta pendidikan. Dengan kawalan yang lebih baik, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) optimis, tindakan ini akan memberi pulangan yang lebih baik buat rakyat tanpa merugikan hak mana-mana pengguna.