Artikel

Wahed Perkenal ESA, Akaun Simpanan Syariah Harian – Berpotensi Jana Pulangan Sehingga 4.29% Setahun

Wahed, platform pelaburan robo patuh syariah antarabangsa kini melancarkan produk simpanan baharu mereka iaitu ESA, Everyday Shariah Account – yang menawarkan penyelesaian simpanan fleksibel aternatif berbanding akaun simpanan tradisional.

ESA untuk makluman merupakan akaun simpanan berisiko rendah yang direka untuk tujuan jangka masa pendek sehingga sederhana. Ini meliputi keperluan dana seperti kecemasan, percutian atau simpanan deposit rumah.

Selain merupakan produk simpanan 100% patuh syariah, ESA turut membolehkan pengguna mendeposit dan mengeluarkan wang pada bila-bila masa. Lebih menarik menerusi penyertaan pada akaun ini, para pengguna berpeluang meraih pulangan lebih tinggi sehingga 4.29% (USD) setahun. Di mana ESA akan melabur pada dana asas global iaitu KWIN – KraneShares Wahed Short-term Alternative Income Index ETF yang tersenarai di bursa New York. Namun perlu diingatkan kadar pulangan ini adalah unjuran dan ia tidak dijamin kerana tertakluk kepada prestasi pasaran, serta produk ini bukanlah kategori di bawah deposit tetap.

Wahed turut menjelaskan ESA tidak memiliki sebarang keperluan minimum sepertimana yang digariskan pada akaun premium. Di mana para pengguna boleh menyertai ESA dengan hanya RM50 sahaja untuk menikmati pulangan yang berpatutan. Maka untuk sebarang tindakan lanjut, semua pihak boleh layari laman Wahed untuk ketahui perincian seterusnya.