Artikel

Atasi Isu Rasuah, Integriti – Akta Pembangunan Sukan 1997 Akan Dipinda

Bagi membendung risiko penipuan dan isu rasuah pada arena sukan negara – pindaan Akta Pembangunan Sukan 1997 akan dikemukakan pada tahun hadapan untuk menambahbaik keperluan kuasa dan tindakan perundangan yang lebih berkesan di pasaran sukan Malaysia.

Makluman ini menurut sidang Parlimen hari ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memiliki komitmen yang tinggi dalam membanteras isu rasuah dan inisiatif pemliharaan integriti sukan. Dan langkah itu beriringan dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Keperluan aturan baharu pada akta pembangunan sukan dilihat penting kerana sekiranya tahap ketelusan tidak ditambahbaik perihal ini tidak sekadar menjejaskan kualiti integriti sukan Malaysia tetapi turut memberi kesan kepada atlet dan persepsi global terhadap arena sukan. Maka ekosistem sukan harus sentiasa dipantau dan bebas daripada sebarang kawalan pihak tidak bertanggungjawab.