Dalam usaha mengukuhkan lagi kedudukan negara selaku hab tenaga serantau, Petronas bersama Putrajaya Holdings kelak akan membangunkan Pusat Teknologi Geosains PETRONAS (PGTC) di Putrajaya.
Kerjasama yang dicapai antara Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) dan Gilang Cendana Sdn Bhd (GCSB) ini dilihat bertujuan menambahbaik ekosistem geosains Malaysia dengan mengintegrasikan pengurusan data termaju, visualisasi yang mendalam dan penyelidikan kolaboratif.
Melalui komitmen itu mengikut laporan Scoop, disasarkan fungsi PGTC ini dapat melindungi lebih satu abad data penerokaan bawah permukaan Malaysia. Adanya sistem ini ia dapat memastikan data penerokaan mengekalkan nilainya untuk generasi akan datang.
Pembangunan ini dilihat sejajar dengan matlamat Petronas untuk memastikan bekalan tenaga yang lestari dan berdaya tahan kekal tersedia untuk negara, dengan MPM terus memainkan peranan penting dalam menguruskan sumber petroleum Malaysia dan menyelia aktiviti petroleum huluan.