Artikel

AEON Bank Meraih Suntikan Dana RM125 Juta Dari AEON Credit – Perkukuh Pertumbuhan Digital

Dalam usaha menyeimbangkan aliran modal dan segmen khidmat kewangan digital di pasaran Malaysia – AEON Bank kini meraih suntikan dana berjumlah RM125 juta daripada AEON Credit Service melalui langganan 125 juta saham baharu.

Suntikan modal ini menurut notis makluman tidak sekadar mengukuhkan pegangan 50% ekuiti AEON Credit pada AEON Bank tetapi turut meningkatkan keupayaan segmen bank digital dalam memenuhi keperluan yang digariskan Bank Negara Malaysia pada pasaran semasa.

Dengan suntikan tersebut, ia secara langsung meningkatkan saham terbitan AEON Bank kepada 800 juta unit dengan pegangan AEON Credit bertambah kepada 400 juta saham hasil langganan 125 juta saham baharu pada nilai RM1. Melalui komitmen penambahan modal ini, kedua pihak menjangkakan tindakan suntikan dana ini berpotensi selesai menjelang Januari 2026 kelak.