Artikel

BNM Keluarkan Dua Duit Syiling Edisi Khas – Sempena ASEAN Dan 75 Tahun DOSM

BNM Keluarkan Dua Duit Syiling Edisi Khas – Sempena ASEAN Dan 75 Tahun DOSM

 

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan pengeluaran dua duit syiling edisi khas sebagai peringatan bersempena sidang Kepengerusian ASEAN-Malaysia dan ulang tahun ke-75 Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

Untuk siri syiling khas ASEAN25 ini, BNM menampilkan dua rona warna iaitu syiling perak sterling pruf berwarna dengan ketulenan 92.5% dan seberat 31 gram. Di mana duit syiling ini mempunyai nilai muka RM10 dan akan dijual pada harga RM363 setiap satu. BNM menjelaskan koleksi ini akan ditempa sebanyak 1,000 keping. Sementara tona kedua pula merupakan syiling emas Nordic brilliant uncirculated (B.U.) dengan berat 8.5 gram dan memiliki nilai muka RM1 bagi setiap syiling. Kategori ini akan djual pada hara RM24.20 dan kuantiti tempaan melibatkan jumlah 5,000 set.

BNM turut menjelaskan koleksi ini turut tampil dengan set 2 dalam 1 iaitu mengandungi satu keping duit syiling perak sterling pruf berwarna dan satu keping duit syiling emas Nordic pruf. Kuantiti tempaan adalah sebanyak 1,000 set dan akan dijual pada harga RM396 setiap set.

Selanjutnya adalah duit syiling edisi DOSM ulang tahun ke-75 – turut tampil dengan rona yang sama iaitu duit syiling perak sterling pruf dan emas Nordic (B.U.). Untuk syiling perak ia akan miliki nilai muka RM10 dan dijual pada harga RM363 setiap satu bersama jumlah tempaan 1,000 keping. Manakala syiling emas pula memiliki nilai muka RM1 dengan harga jualan RM16.50 setiap satu bersama kuantiti tempaan sebanyak 5,000 keping.

Seperti edisi ASEAN25, edisi DOSM ke-75 ini turut dijual set 2 dalam 1 dengan penetapan harga RM369 setiap set bersama jumlah tempaan sebanyak 1,000 set.

Dengan makluman itu, sekiranya orang ramai berminat dan ingin membuat pesanan – boleh dilaksanakan pada laman rasmi Duit BNM bermula hari ini sehingga 8.59 pagi pada 17 November 2025 kelak. Orang awam turut dinasihatkan supaya membuat tempahan melalui sistem dalam talian BNM dan bukan melalui mana-mana pihak atau kemudahan tempahan lain yang tidak sah. Semua tempahan akan dipertimbangkan dan tiada keutamaan akan diberikan berdasarkan tarikh dan masa tempahan. Sekiranya jumlah tempahan yang diterima melebihi kuantiti yang ditawarkan, cabutan akan dibuat untuk menentukan tempahan yang berjaya.