Artikel

Belanjawan 2026 Lulus Peringkat Dasar, JPM Dan Dua Kementerian Pula Lulus Peringkat Jawatakuasa

Bertepatan dengan Perkara 43(3) yang menuntut tanggunjawab Menteri bersama ahli Parlimen – kini Belanjawan 2026 telah meraih sokongan majoriti ahli Parlimen di peringkat dasar. Keputusan yang dimuktamadkan pada minggu kelima sidang Dewan Rakyat ini perlihatkan serama 120 MP menyatakan sokongan mereka dengan 67 lagi tidak bersetuju dan 35 tidak hadir.

Selain Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2026 diluluskan, sidang ini turut memaparkan kelulusan di peringkat jawatankuasa melibatkan peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta dua kementerian iaitu Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Luar. 

Berlandaskan keputusan itu, sesi perbahasan Belanjawan 2026 akan diteruskan untuk perolehan kelulusan di peringkat jawatankuasa – iaitu selama 14 hari sehingga 27 November ini. Di bawah perbahasan ini, akan memperlihatkan lebih banyak penjelasan lanjut akan diketengahkan kerajaan berhubung pelarasan bajet 2026 di sidang Parlimen kelak.