Kerajaan Nepal kini dilaporkan telah menolak syarat-syarat baharu yang diperkenalkan oleh Malaysia berkaitan pengambilan pekerja asing.
Penolakan ini dikemukakan melalui surat diplomatik rasmi yang dihantar oleh Kementerian Buruh, Pekerjaan dan Keselamatan Sosial Nepal kepada Putrajaya. Isu utama penolakan ini dijelaskan berpunca daripada dakwaan bahawa syarat yang semakin ketat, terutamanya melibatkan kelayakan agensi pembekal, berpotensi untuk meningkatkan kos pengambilan secara mendadak.
Peningkatan kos ini dikhuatiri akan membebankan pekerja Nepal, terdedah kepada eksploitasi, malah boleh mencetuskan peningkatan aktiviti rasuah merentasi sempadan dalam proses pengambilan pekerja asing.
Menurut mereka, syarat baharu ini bukan sahaja mencipta monopoli maya tetapi turut menyebabkan bayaran yang dikenakan kepada pekerja untuk mendapatkan pekerjaan di Malaysia akan menjadi lebih tinggi, jauh melebihi bayaran sedia ada.
Susulan penolakan ini, dijangka kedua pihak akan laksana rundingan untuk pertimbangan semula isu tersebut. Buat pengetahuan umun pengambilan pekerja asing antara Nepal dan Malaysia telah terjalin secara rasmi sejak tahun 2001. Dan penyelesaian ini penting untuk pastikan sektor ekonomi kedua negara terus stabil dan berdaya saing tanpa menjejaskan manfaat bersama.