Artikel

GMC Diaktifkan Semula – BNM, Kerajaan Mahu Selesaikan Aduan Rawatan Insurans

Menyedari isu kelewatan pengeluaran surat jaminan dan pertikaian pembayaran rawatan di bawah polisi insurans takaful kesihatan (MHIT) kekal berbangkit – kerajaan bersama Bank Negara Malaysia (BNM) kini dalam usaha mengaktifkan semula Jawatankuasa Mekanisme Aduan Kesihatan (GMC) untuk menangani situasi tersebut.

Usaha itu mengikut notis Parlimen, akan memperlihatkan tindakan seperti pengeluaran panduan rujukan untuk kemudahan kepada pihak pembayar, pengamal perubatan dan penyedia perkhidmatan kesihatan yang terlibat.

Malah penegasan mengikuti segala tuntutan yang telah dicapai di bawah kontrak polisi insurans wajar diutamakan oleh pihak kesihatan. Pematuhan ini sejajar bagi melindungi hak polisi dan pengguna ketika mendapatkan rawatan.

Pendekatan ini juga dijelaskan tidak hanya ingin melindungi pengguna tetapi turut mengelakkan berlakunya penyalahgunaan polisi insurans yang sekaligus memberi kesan kepada inflasi perubatan serta penerapan kos premium insurans di masa hadapan.