Senada dengan kedudukan Malaysia yang kian menyerlah selaku hab serantau dalam invoasi melibatkan pertukangan barangan kemas mewah – Poh Kong kini menyempurnakan status itu bersama pelancaran siri baharu iaitu koleksi Anggun ‘Pesona Tanjung’ yang mengambil inspirasi 5 rekaan bunga di Malaysia.
Dengan pelancaran itu pada sidang media hari ini, Poh Kong turut menyatakan komitmen mereka dalam mengukuhkan pembuatan kreatif di pasaran negara, yang telahpun dimulakan sejak 1976 lagi.

Ketika ini Poh Kong juga memiliki fasiliti pengeluaran barangan kemas dengan sokongan teknologi di Shah Alam. Hab ini turut menempatkan pusat latihan seluas 4,000 kaki persegi yang didedikasikan untuk melahirkan bakat tempatan.
Secara menyeluruh, selain memiliki lebih 100 cawangan – Poh Kong turut memiliki rangkaian barangan kemas di bawah jenama yang berlainan, antaranya adalah Diamond & Gold, Gold Boutique, dan Oro Bianco. Perluasan ini sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan Poh Kong selau antara peneraju barangan kemas dan merupakan rantaian kedai barang kemas terbesar di Malaysia.
