Hasil kerjasama melalui Visa dan Model Brown Label – Merchantrade kini meluaskan jejak perniagaan mereka dengan memasuki segmen rangkaian mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di pasaran Malaysia.
Setelah meraih kelulusan selaku rasmi selaku penyedia ATM ini, rangkaian ATM Merchantrade ini akan dilaksanakan melalui strategi dua-hala. Pertama adalah melalui Visa Sponsor BIN, di mana Merchantrade bertindak sebagai penaja bagi lebih 1,000 ATM Safeguards di seluruh negara. Ini membolehkan rangkaian tersebut menerima semua kad Visa, seterusnya memudahkan pemegang kad kredit, debit dan prabayar Visa termasuk pelancong untuk melakukan pengeluaran tunai dengan serta-merta.
Keduanya adalah Model Brown Label ATM, yang menjadikan Merchantrade adalah pengendali pertama di Malaysia yang menggunakan pendekatan ini dengan memanfaatkan infrastruktur sedia ada Safeguards termasuk fungsi MEPS, yang diperkukuh dengan penjenamaan Merchantrade serta sokongan platform Visa.
Setakat ini, lebih 12 mesin ATM telah dipasang di cawangan Merchantrade, dengan sasaran mencapai 200 mesin dalam fasa seterusnya yang dijangka dapat meningkatkan jenama Merchantrade secara signifikan di seluruh negara.