Kadar Dasar Semalaman (OPR) kini dilaraskan pada paras 2.75%. Kadar ini kekal setelah dinaikkan pada Julai lalu berbanding sebelum ini di paras 3.0%.
Paras ini untuk makluman telah dicapai di bawah semakan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia, kadar tersebut mengikut notis didorong akan beberapa faktor penting melibatkan pertumbuhan prestasi ekonomi di peringkat domestik dan antarabangsa.
Antaranya menjelaskan aliran domestik negara dijangka kekal stabil dan positif sehingga tahun 2026. Prestasi ini meliputi pertumbuhan pekerjaan, gaji dan penambahbaikan dasar di pasaran semasa yang dijangka akan menyokong kekuatan perbelanjaan isi rumah di Malaysia.
Walaupun kesan tarif yang lebih tinggi dijangka terus membebani pertumbuhan global pada ketika ini, prospek pertumbuhan masih akan didorong oleh keadaan pasaran pekerja yang mantap, penurunan kadar inflasi, pendirian dasar monetari yang kurang ketat, dan sokongan dasar fiskal. Selain itu, kejayaan menyelesaikan lebih banyak rundingan perdagangan telah sedikit sebanyak mengurangkan ketidakpastian global ke atas pasaran Malaysia.
Dengan paras semasa OPR, BNM turut optimis pelarasan ini adalah wajar dalam menyokong ekonomi dan kestabilan harga di pasaran negara. BNM juga mengukuhkan komitmen untuk terus memantau perkembangan ini dan menilai risiko yang berbangkit bagi memastikan ia tidak menjejas sentimen pertumbuhan dan kadar inflasi.