Artikel

Kadar Cukai Karbon Belum Ditentukan, Susulan RUU Perubahan Iklim Masih Dirangka – MOF

Hasil tindak balas berhubung makluman Bloomberg bahawa Malaysia sedang pertimbang kadar cukai karbon sebanyak RM15 bagi setiap tan pelepasan – Kerajaan melalui Kementerian Kewangan (MOF) kini menjelaskan masih belum menentukan kadar cukai karbon kerana ia masih dalam proses merangka Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara.

Makluman ini menurut laporan bersama Menteri Kewangan II Amir Hamzah dijangka akan dibentangkan di Parlimen tahun hadapan, diluluskan dan kerajaan akan menubuhkan data garis dasar untuk memudah cara pelaksanaan cukai karbon.

Pembentukan data garis dasar yang tepat adalah penting untuk menetapkan penanda aras yang sesuai dan mereka bentuk rangka kerja cukai karbon yang lebih berkesan. Biarpun masih diperingkat semakan, sasaran pelaksanaan ini kekal direalisasikan pada tahun 2026 sebagaimana yang diumumkan PM Anwar sebelum ini yang menggariskan pelaksanaan itu akan tertumpu kepada segmen besi, keluli, dan tenaga.