Dengan lebih 38.7 juta kenderaan yang berdaftar di lebuh raya Malaysia, permintaan terhadap servis dan komponen kenderaan dilihat kekal tinggi pada pasaran tempatan. Bersama aliran itu dengan peningkatan kos sara hidup semasa, pasaran automotif Malaysia kini melancarkan Bateri Madani, iaitu bateri kereta pada harga mampu milik yang ditawarkan serendah RM130 di pasaran.

Pengenalan produk yang dibawakan Sejamas World Sdn Bhd ini untuk makluman adalah sebahagian daripada usaha membantu meringankan beban kewangan masyarakat, khususnya komuniti B40 dan M40.
Untuk makluman pengguna, harga permulaan RM130 untuk bateri gred premium ini adalah harga menyeluruh yang telah termasuk kos pemasangan profesional dan diagnostik oleh juruteknik. Yang lebih menarik, tawaran harga ini adalah sehingga 50% lebih rendah daripada purata harga pasaran biasa yang ditawarkan pesaing pada masa kini.
Tidak hanya itu dengan pembelian bateri tersebut, para pengguna akan disertakan jaminan 1 tahun atau 20,000 km untuk kenderaan persendirian. Jaminan ini mengukuhkan lagi nilai dan kualiti produk yang ditawarkan pada harga yang jauh lebih rendah berbanding pasaran. Maka untuk pengguna yang berminat untuk ketahui maklumat lanjut berkenaan Bateri Madani, boleh layari laman Sejamas World atau hubungi khidmat pelanggan pada talian 1800-820-002 bagi tindakan seterusnya.