Kesan aktiviti penipuan atas talian yang dilihat semakin berleluasa pada pasaran serantau – Singapura kini memaklumkan akan mengetatkan tindakan perundangan mereka ke atas scammer atau penipu atas talian dengan pengenalan hukuman 6 sebatan.
Hukuman mandatori ini mengikut laporan akan dilaksanakan tanpa mengira pesalah adalah warga tempatan atau pesalah yang laksana penipuan secara jarak jauh. Selain scammer, pihak yang terlibat bersama kumpulan scammer ini turut akan berdepan tindakan yang sama, lebih tegas sehingga 12 sebatan turut boleh dikenakan ke atas pihak yang menyediakan akaun bank atau kad SIM kepada kumpulan scammer ini.
Menerusi penguatkuasaan tersebut ia sekaligus akan membantu pentadbiran melandaikan isu penipuan atas talian ini yang dilihat secara berterusan mengaut keuntungan besar. Sejak 2020, didapati lebih $2.8 bilion kerugian telah direkodkan Singapura melibatkan isu scammer.