Artikel

AS Gantung Pembiayaan Kepada PBB -Jejas Dana Buat Agensi Kemanusiaan Dunia

Berteraskan faktor organisasi tidak cekap dan kos sumbangan membebankan Amerika Syarikat (AS) – pentadbiran Trump kini memaklumkan menggantung pembiayaan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sehingga pembaharuan dilaksanakan pada organisasi tersebut.

Langkah ini mengikut laporan telahpun dibangkitkan oleh AS sejak awal Mei lalu, di mana pihaknya menjelaskan visi organisasi PBB dilihat tidak seiring dengan kepentingan AS.

Tindakan ini sekaligus memberi tekanan kewangan kepada PBB berikutan AS menjadi antara penyumbang dana terbesar buat organisasi tersebut. Penggantungan ini juga turut akan memberi tekanan kewangan yang besar, terutamanya kepada agensi-agensi yang bergantung kepada dana AS seperti UNHCR (Agensi Pelarian PBB).

Selain PBB, terdapat pertimbangan tindakan yang sama turut dilaksanakan ke atas badan lain seperti WHO dan UNESCO.