Artikel

Malaysia Optimis Capai Status Negara AI Pada 2030 – Sasar Tahun 2026 Jadi Titik Peralihan

Ke arah mencapai status negara Kecerdasan Buatan (AI) menjelang tahun 2030 – Malaysia pada matlamat tersebut memaklumkan tahun 2026 akan menjadi detik penting untuk negara memulakan tindakan peralihan selaku hab AI di pasaran global.

Agenda ini jelas Kementerian Digital pada sidang Parlimen hari ini – tidak hanya tertumpu kepada perluasan teknologi tetapi usaha membentuk ekosistem digital secara menyeluruh melibatkan sokongan dasarm bakat, infrastruktur, tahap kefahaman, keyakinan dan pelaburan.

Selari dengan Pelan Tindakan AI Kebangsaan, agenda itu dilihat berupaya dicapai sekiranya negara kekal konsisten akan komitmen semasa. Usaha ini turut akan dipacu berlandaskan peruntukan RM1.36 bilion yang diberi mandat kepada Kementerian Digital. Antara insiatif utama yang akan dilaksanakan adalah Geran Pemcut Digital Malaysia – yang bertindak memperkasakan penerimagunaan teknologi baharu, inisiatif GovTech – menambahbaik capaian khidmat kerajaan kepada penduduk negara serta penawara 30,900 peluang pekerjaan baharu menjelang 2030 hasil penyertaan pusat data di pasaran negara.

Dengan kemajuan secara berkala, persekitaran ini dilihat akan memberi nilai tambah kepada ekonomi Malaysia hasil penyertaan dan perluasan dalam sektor teknologi digital.

Selain tumpuan itu, Kementerian Digital turut memaklumkan ketika ini pihaknya sedang merangka Strategi Kepercayaan Digital dan Keselamatan Data yang akan bertindak menjadi rangka kawal selia melibatkan pengurusan keselamatan data antara sektor awam dan swasta kelak.