Sekiranya ketika ini bantuan kewangan di bawah Program Bantuan Pelajaran Tinggi Sarawak, BPTS) berjumlah RM15,000 setahun hanya diberikan kepada anak negeri Sarawak B40 yang menuntut di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri tersebut sahaja – kini Sarawak sedang teliti keupayaan untuk perluaskan dana itu kepada anak negeri yang menuntut di seluruh Malaysia.
Usaha ini mengikut laporan selaras dengan matlamat Sarawak untuk memastikan anak negerinya dapat mengikuti peluang melanjutkan pengajian tinggi tanpa berdepan sebarang kekangan wang.
Selain penawaran bantuan pendidikan ini – Sarawak juga akan melaksanakan penawaran pendidikan tinggi percuma kepada 4 universiti milik Sarawak pada tahun 2026. Ia melibatkan institusi Swinburne University of Technology Sarawak, Curtin University Malaysia, University of Technology Sarawak dan i-CATS University College.