Bulan November 2025 ini akan memperlihatkan tindakan penambahbaikan pada kadar kuota minyak RON95 dilaksanakan – bersama kumpulan pemandu seru-pandu sepenuh masa di pasaran Malaysia.
Makluman Ketua Setiausaha Perbendaharaan negara pada laporan menjelaskan penambahan kuota itu diteliti setelah mengambilkira rayuan daripada pemandu dan data penggunaan yang dikemukakan oleh kumpulan penyedia perkhidmatan.
Semakan ini turut dijelaskan telah diteliti bersama Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk melihat tahap kecukupan dari segi had kelayakan pemandu seru-pandu dan persetujuan dasar secara bersama.
Secara menyeluruh, pentadbiran telahpun menaikkan had siling BUDI95 ke atas pemandu seru-pandu sepenuh masa kepada 600 liter dan berlandaskan tindakan itu, hampir 58,000 pemandu seru pandu telah meraih manfaat tersebut.