Selaras dengan insiatif Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35), Majlis Amanah Rakyat (MARA) kini menetapkan sasaran sekitar 3 syarikat Bumiputera akan tersenarai di Bursa Malaysia pada tahun hadapan, 2026.
Antara yang terlibat adalah Bateriku Sdn Bhd iaitu pemain automotif tempatan.
Sasaran ini menurut laporan adalah sebahagian daripada strategi untuk melonjakkan penguasaan dan daya saing usahawan Bumiputera dalam pasaran modal. Ia juga bertindak sebagai pendekatan utama untuk mengakses modal yang lebih kukuh dalam menyeimbangkan struktur tadbir urus korporat mereka.
Langkah ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan bilangan usahawan Bumiputera dalam Bursa Malaysia, tetapi juga untuk melahirkan syarikat yang mampu bersaing dan berkembang ke peringkat global. Buat pengetahuan umum ketika ini hanya 7% sahaja penguasaan korporat kalangan Bumiputera pada keseluruhan syarikat senaraian awam di Malaysia. Maka dengan pemerkasaan penyertaan tersebut, ia sekaligus akan memperluaskan peluang penyertaan pemain ekonomi Bumiputera di negara.